Loading
Usia | Islam dan Sains-Edy - Part 2

mengetahui urutan sejarah, usia, silsilah NABI dan rasul 25 nabi dan rasul ….. DAN BANGSA-BANGSA DUNIA ————————— 1. Nabi Adam Alaihissalaam Asal keturunan semua manusia. Isterinya bernama Hawa yang dicipta daripada tulang rusuk baginda. Mulanya tinggal di Syurga, kemudian Allah Ta’ala turunkan mereka ke Dunia. ——————— 2. Nabi Idris Alaihissalaam Penduduk Babil Iraq, terima 30 suhuf untuk umatnya keturunan Qabil. Orang pertama pandai menulis, membaca, ilmu falak dan jahit menjahit. —————– 3. Nabi Nuh Alaihissalaam Allah utus baginda ke negeri Arminia. Allah Ta’ala telah menurunkan bala dengan banjir besar kepada kaumnya yang ingkar. Baginda digelar Najiyullah. ——————— 4. Nabi Hud Alaihissalaam Berketurunan Sam bin Nuh. Diutuskan kepada kaum ‘Ad di utara Hadhra Maut, Yaman. Allah Ta’ala membinasakan kaumnya yang ingkar dengan angin kencang yang sangat sejuk 8 hari 7 malam. ——————– 5. Nabi Soleh Alaihissalaam Berketurunan Sam bin Nuh daripada generasi ke 6. Diutuskan kepada kaum Thamut, di antara Hijaz dan Syam. Allah memusnahkan kaumnya yang ingkar dengan pekikan suara yang kuat dari langit. ——————– 6. Nabi Ibrahim Alaihissalaam Juga berketurunan Sam bin Nuh. Dilahirkan di Musol, Iraq ketika pemerintahan raja Namrud. Di gelar dengan ‘Khalilullah’. Seorang yang bijak dan berfikir. ——————- 7. Nabi Luth Alaihissalaam Anak saudara Nabi Ibrahim Alaihissalaam. Diutuskan kepada penduduk negeri Sadum (Laut Mati, Jordan). Allah Ta’ala menurunkan bala kepada penduduk yang derhaka dengan menurunkan hujan batu yang membinasakan mereka. —————- 8. Nabi Ismail Alaihissalaam. Putera nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Hajar. Baginda dan ibunya orang pertama yang mendiami Mekah. Baginda membantu bapanya membina ka’bah. Digelar sebagai ‘Zabhihullah’. —————— 9. Nabi Ishak Alaihissalaam Putera Nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Sarah. Daripadanya lahir berketurunan Bani Israel. Dimakamkan di Hibrun, Palestin. —————- 10. Nabi Ya’kub Alaihissalaam Putera Nabi Ishak Alaihissalaam. Juga dikenali dengan nama Israil (hamba Allah). Diutuskan kepada penduduk negeri Kan’an. Dikurniakan 12 orang anak lelaki, antaranya ialah Nabi Yusuf Alaihissalaam. Dimakamkan di Hibrun bersebelah bapanya. —————— 11. Nabi Yusuf Alaihissalaam Putera Nabi Ya’kub Alaihissalaam yang paling disayangi. Seorang yang sabar, tabah, pemaaf, penyayang, dan sangat menghormati orang tuanya. Keistimewaannya ialah sangat kacak, pandai mentadbir mimpi dan bijaksana. ——————- 12. Nabi Ayub Alaihissalaam Keturunan nabi Ishak Alaihissalaam. Di kurniakan harta yang banyak dan anak yang ramai. Seorang yang bertaqwa dan suka membantu. Diuji dengan kemusnahan harta, kematian anak dan mengidap penyakit yang berat bertahun-tahun. Baginda sabar dan mempunyai iman yang teguh. —————— 13. Nabi Zulkifli Alaihissalaam Putera Nabi Ayub Alaihissalaam. Seorang nabi dan raja kepada penduduk di Dmsyik dan sekitarnya. Asal nama baginda ialah Bashar, dan maksud Zulkifli ialah bersanggupan kerana baginda banyak berpuasa di siang hari dan beribadat pada waktu malam. —————— 14. Nabi Syuib Alaihissalaam Berketurunan Nabi Luth Alaihissalaam. Diutuskan ke negeri Madyan, Jordan. Kaumnya mengamalkan sikap mengurangkan timbangan dan sukatan dalam jual beli. Allah binasakan mereka dengan gempa bumi dan petir yang sangat dasyat. ———————– 15. Nabi Musa Alaihissalaam Keturunan Nabi Ya’kub Alaihissalaam. Putera Imran, saudara Nabi Harun. Dipelihara oleh Asiah isteri Firaun. Firaun menentang dakwah Nabi Musa akibatnya mati lemas tenggelam dalam Laut Merah. —————- 16. Nabi Harun Alaihissalaam Saudara Nabi Musa Alaihissalaam. Seorang yang fasih berbicara merupakan teman dakwah Nabi Musa. ——————— 17. Nabi Daud Alaihissalaam Berketurunan Nabi Ishak. Baginda memiliki suara yang merdu, dan boleh melembutkan besi dengan tangan. Seorang yang kuat beribadat, raja yang adil dan bijaksana. Telah membina kota BaitulMaqdis bersama-sama puteranya Nabi Sulaiman. ——————- 18. Nabi Sulaiman Alaihissalaam Putera Nabi Daud. Seorang rasul dan raja yang bijaksana. Keistimewaan baginda ialah boleh memahami bahasa binatang, boleh memerintah angin dan jin. Berjaya mengislamkan ratu Balqis, kemudian berkahwin dengannya. —————– 19. Nabi Ilyas Alaihissalaam Keturunan Nabi Harun. Diutuskan kepada Bani Israel yang ketika itu menyembah berhala, Ba’l. Baginda berdakwah kepada mereka, tetapi gagal. Allah menurunkan bala dengan kemarau selama 3 tahun. ——————– 20. Nabi Ilyasa’ Alaihissalaam Anak angkat Nabi Ilyas. Diutuskan kepada Bani Israel. Baginda berjaya didalam dakwahnya. Tetapi setelah baginda meninggal, Bani Israel kembali kufur. Allah menurunkan bala dengan melenyapkan segala kesenangan yang dinikmati. —————- 21. Nabi Yunus Alaihissalaam Diutuskan kepada kaum yang menyembah berhala di Ninawa, Iraq. Apabila mereka enggan menerima dakwahnya, baginda meninggalkan mereka dan menumpang sebuah kapal. Kapal tersebut mengalami masalah, dan baginda terpilih untuk dibuang ke dalam laut bagi mengatasi masalah kapal tersebut daripada karam. Baginda di telan ikan nun (paus). —————- 22. Nabi Zakaria Alaihissalaam Keturunan Nabi Sulaiman. Diutuskan kepada Bani Israel, Palestin. Baginda sentiasa berdoa supaya dikurniakan zuriat. Pada usianya 100 tahun dan isterinya mandul, baginda dikurniakan anak yang dinamakan Yahya (hidup). Baginda juga telah membesar Maryam, ibu Nabi Isa. —————– 23. Nabi Yahya Alaihissalaam Putera Nabi Zakaria. Dikurniakan kepada baginda ilmu yang luas sejak kecil. Seorang yang bertaqwa, berbudi bahasa, rajin, dan tidak sombong. Mati syahid dibunuh oleh raja yang kejam demi mempertahankan hukum Allah. ————– 24. Nabi Isa Alaihissalaam Putera Maryam bt. Imran. Jibril telah meniupkan ruh suci ke dalam rahim ibunya. Baginda boleh bercakap ketika masih bayi. Diutuskan kepada Bani Israel, dan diberikan kitab Injil. Bani Israel yang ingkar dengan dakwahnya cuba untuk membunuh baginda, namun Allah mengangkatnya ke langit dan akan turun ke bumi untuk menegakkan kebenaran. —————– 25. Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasallam. Berketurunan Bani Ismail. Dilahirkan di kota Mekah. Di gelar ‘al-Amin’. Dilantik sebagai rasul ketika berusia 40 tahun. Merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Baginda menerima ujian yang dasyat daripada kaum Musyrikin Mekah. Baginda wafat di kota Madinah. ———— Lima Nabi / Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterima lebih hebat berbanding nabi-nabi lain dalam menyampaikan agama Allah ialah: 1. Nuh Alaihissalaam 2. Ibrahim Alaihissalaam 3. Musa Alaihissalaam 4. Isa Alaihissalaam 5. Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. ==========================

September 3, 2016 Edy Methek 1

mengetahui urutan sejarah, usia, silsilah NABI dan rasul 25 nabi […]

siapa dan mengapa? …. penDAKWAH dengan berDIALOG berbagai PEMUKA AGAMA seluruh dunia AHMED DEEDAT ————————— Sosok yang dikenal sangat pakar dalam ilmu Kristologi ini lahir di Bombay, India 1 Juli 1918. Sejak kecil Ahmed Deedat kecil tinggal dan besar bersama sang ayah, Hussein Kazim Deedat, sepeninggal ibunya, Fatma Deedat. —————- Sang Ayah merupakan seorang penjahit yang kemudian berhijrah ke Afrika Selatan, Ahmed Deedat kecil pun ikut serta. Di wilayah koloni Inggris inilah, Ahmed Deedat kecil mengasah kemampuannya beradaptasi. Sejak Kecil, ia dikenal dengan ketekunannya dalam belajar secara otodidak dengan membaca berbagai buku. ———————- Namun, karena keterbatasan biaya, pada usia 16 tahun Ahmed Deedat harus terpaksa meninggalkan bangku sekolah dan membantu orang tua bekerja mencari nafkah. Pada 1936, merupakan titik awal pengenalannya terhadap ilmu perbandingan agama. ———————– Ketika ia bekerja di sebuah toko dekat sebuah sekolah Kristen di Natal South Coast. Saat itu, ia melihat gencarnya siswa misionaris Kristen mengunjungi komunitas Muslim di wilayahnya dengan menghina Islam dan membanding-bandingkan ajaran Islam. ——————– Awal mula ketertarikannya mempelajari perbandingan agama ini ketika ia membaca sebuah buku berjudul Idzhar al-Haq yang berarti menampakkan kebenaran. Buku tersebut berisi keberhasilan beberapa umat Islam di India mematahkan argumen para misionaris Kristen di wilayah itu. Ketertarikannya ini pun membawanya membeli Injil pertamanya untuk ia pelajari sebagai bahan debat dan diskusi dengan para siswa misionaris Kristen. ————————— Dari setiap perdebatan tersebut, Ahmed Deedat berhasil mematahkan semua argumen siswa misionaris Kristen dan membuat mereka mundur. Sejak saat itu, lawan perdebatan Ahmed Deedat muda pun jauh lebih tinggi, ketika ia meladeni perdebatan guru- guru teologi dan para pendeta di wilayah tersebut. ———————— Kesuksesan Deedat mematahkan setiap argumen teologi Kristen ini membuatnya terkenal, bukan hanya di kawasannya bahkan hingga ke luar wilayah. ——————– Dari situlah ia memantapkan untuk berdakwah dan berdebat mengenai keislaman dan membongkar kesalahan kekristenan. Kemampuannya mematahkan teologi Kristen ini membuatnya terkenal hingga ke dunia internasional. Ia menjadi primadona dalam setiap acara dialog dan perdebatan terkait keislaman dan kekristenan di berbagai negara di Eropa dan Amerika. ———————————- Ia pun menjadi Presiden Islamic Propagation Centre International (IPCI), organisasi nirlaba yang memfokuskan pada dakwah Islam Internasional dan melawan propaganda Kristenisasi. Salah satu per debatan yang fenomenal adalah pertemuan debatnya dengan Anis Shorrosh, seorang Pastur Evangelist keturunan Arab Palestina. Perdebatan itu pun diabadikan dalam video rekaman debat Ahmed Deedat. —————————- Keandalan Ahmed Deedat dalam berdebat terkait Kristologi di beberapa forum internasional Eropa dan Amerika ini telah menjadi benih pertumbuhan Islam di dua benua itu pada abad 21. Maka, pantaslah Ahmed Deedat menyandang gelar Kristolog Muslim yang disegani dunia barat.

August 27, 2016 Edy Methek 0

siapa dan mengapa? …. penDAKWAH dengan berDIALOG berbagai PEMUKA AGAMA […]

Kelahiran sampai Kerasulan …..Nabi Muhammad SAW—–Berikut biografi dan profil mengenai Nabi Muhammad SAW. Beliau berasal dari kabilah Quraisy, tepatnya keturunan Hasyim. Ayah beliau adalah Abdullah bin Abdul Muthalib, cucu Hasyim. Ibunda beliau adalah Aminah binti Wahb yang berasal dari keturunan Bani Zuhrah, salah satu kabilah Quraisy. Setelah menikah, Abdullah melakukan pepergian ke Syam. Ketika pulang dari pepergian itu, ia wafat di Madinah dan dikuburkan di kota itu juga. —————— Setelah beberapa bulan dari wafatnya sang ayah berlalu, Nabi pamungkas para nabi lahir di bulan Rabi’ul Awal, tahun 571 Masehi di Makkah, dan dengan kelahirannya itu, dunia menjadi terang-benderang. Sesuai dengan kebiasaan para bangsawan Makkah, ibundanya menyerahkan Muhammad kecil kepada Halimah Sa’diyah dari kabilah Bani Sa’d untuk disusui. Beliau tinggal di rumah Halimah selama empat tahun. Setelah itu, sang ibu mengambilnya kembali. ————— Dengan tujuan untuk berkunjung ke kerabat ayahnya di Madinah, sang ibunda membawanya pergi ke Madinah. Dalam perjalanan pulang ke Makkah, ibundanya wafat dan dikebumikan di Abwa`, sebuah daerah yang terletak antara Makkah dan Madinah. Setelah ibunda beliau wafat, secara bergantian, kakek dan paman beliau, Abdul Muthalib dan Abu Thalib memelihara beliau. ————— Pada usia dua puluh lima tahun, beliau menikah dengan Khadijah yang waktu itu sudah berusia empat puluh tahun. Beliau menjalani hidup bersamanya selama dua puluh lima tahun hingga ia wafat pada usia enam puluh lima tahun. —————– Diangkat Menjadi Nabi di Usia 40 Tahun Pada usia empat puluh tahun, beliau diutus menjadi nabi oleh Allah. Ia mewahyukan kepada beliau al-Quran yang seluruh manusia dan jin tidak mampu untuk menandinginya. Ia menamakan beliau sebagai pamungkas para nabi dan memujinya karena kemuliaan akhlaknya. —————— Beliau hidup di dunia ini selama enam puluh tiga tahun. Menurut pendapat masyhur, beliau wafat pada hari Senin bulan Shafar 11 Hijriah di Madinah. Bukti Kenabian Rasulullah saw. Secara global, kenabian seorang nabi dapat diketahui melalui tiga jalan: Pengakuan sebagai nabi. Kelayakan menjadi nabi. Mukjizat. ———— Pengakuan Sebagai Nabi ——— Telah diketahui oleh setiap orang bahwa Rasulullah saw telah mengaku sebagai nabi di Makkah pada tahun 611 M., masa di mana syirik, penyembahan berhala dan api telah menguasai seluruh dunia. Hingga akhir usia, beliau selalu mengajak umat manusia untuk memeluk agama Islam, dan sangat banyak sekali di antara mereka yang mengikuti ajakan beliau itu. ———— Kelayakan Menjadi Nabi ———- Maksud asumsi di atas adalah seorang yang mengaku menjadi nabi harus memiliki akhlak dan seluruh etika yang terpuji, dari sisi kesempurnaan jiwa harus orang yang paling utama, tinggi dan sempurna, dan terbebaskan dari segala karakterisitik yang tidak terpuji. ————— Semua itu telah dimiliki oleh Rasulullah saw. Musuh dan teman memuji beliau karena akhlaknya, memberitakan sifat-sifat sempurna dan kelakuan terpujinya dan membebaskannya dari setiap karakterisitik yang buruk. —————- Kesimpulannya, akhlak beliau yang mulia, tata krama beliau yang terpuji, perubahan dan revolusi yang beliau cetuskan di seanterao dunia, khususnya di Hijaz dan jazirah Arab, dan sabda-sabda beliau yang mulia berkenaan dengan tauhid, sifat-sifat Allah, hukum halal dan haram, serta nasihat-nasihat beliau telah membuktikan kelayakan beliau untuk menduduki kursi kenabian, dan setiap orang yang insaf tidak akan meragukan semua itu. ———— Mukjizat —————— Mukjizat dapat disimpulkan dalam lima hal: Mukjizat akhlak. Mukjizat ilmiah. Mukjizat amaliah. Mukjizat maknawiyah. Mukjizat keturunan. ——————————

August 3, 2016 Edy Methek 0

kelahiran sampai kerasulan…  Nabi Muhammad SAW ———————————- Siapa yang tidak […]

1 2